Wednesday, October 21, 2009

Bonus Oh Bonus Bajet 2010

Rasanya dah tak sabar nak tunggu hari PM bentang belanjawan negara bagi tahun 2010 pada 23 Oktober 2009 ni ( Jumaat ). Bagi kakitangan awam yang paling nak dengar dan di tunggu pastinya bonus. Saya berfikiran ,jika betul PM menyahut seruan Gagasan 1 Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rasanya positif untuk mendapat bonus untuk tahun ni ada. Cuepacs bersama MTUC sedaya usaha membela nasib pekerjanya dengan harapan tinggi kerajaan dapat membayar bonus 2 bulan gaji untuk tahun ini. Bagi saya adalah wajar kerajaan mempertimbangkannya, walaupun kedudukan ekonomi negara tidak begitu stabil. Ada responden kata, kalau kerjaan tak beri memang tak patut, nak jaga sorang senang tapi nak jaga ramai ni susah, macam-macam kepala, jadi apa pun bonus oh bonus muncul le tahun ni. Kerajaan prihatin, rakyat sejahtera. Apa pun kita sama-sama tunggu ................bonus oh bonus.

2 comments:

  1. Lemang dah hangus..
    mana ada bonus..
    yang ada cuma RM 500 dipanjangkan ke semua gred...Apapun, Terima kasih kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Salam bro..

    Semua rezeki adalah pemberian Allah s.w.t.
    Makhluk adalah sebagai asbab dengan izin-Nya, tahun ini dapat RM500..

    Allah s.w.t. berfirman yang maksud :
    "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-KU amat pedih" Surah Ibrahim; Ayat 7.

    Oleh itu, bersyukurlah pada Allah s.w.t., Insya'Allah, pasti Allah akan tambah lagi rezeki kita pada masa akan datang. Amin..

    Anda dijemput melayari blog saya di :
    http://selempangmerah69.blogspot.com/

    ReplyDelete